Want your
own Fotopage?








 
GUBAHAN BUNGA DIP/KRISTAL (AMERICAN DIP FLOWERS) UNTUK BUNGA PAHAR, BUNGA DULANG HANTARAN, BUNGA TELUR, BUNGA MERENJIS, HAND BOUQUET, CENDERAMATA DAN HIASAN DALAMAN, (AMERICAN DIP FLOWERS FOR WEDDINGS)





View K'Rie Exclusive Flora in a larger map



By: KRIE EXCLUSIVE FLORA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 6-Mar-2012 18:00 Email | Share | | Bookmark

 


Friday, 10-Feb-2012 13:07 Email | Share | | Bookmark
BUNGA DIP CRYSTAL/DIP FLOWER MADOKA FLORAL DESIGN SCHOOL

PEMBUAT BUNGA DIP NI BELAJAR DARI GURU YANG SAMA MADOKA FLORAL DESIGN SCHOOL, OSAKA, JAPAN


BUNGA YANG ADA KAT SINI SEMUANYA PAKAI DIP JEPUN. KALAU AUNTY KRIE PAKAI DIP, STRENGTHENER, DAN SEGALA-GALANYA JEPUN ALAMATLAH BUNGA TU JADI MAHAL SANGAT-SANGAT. TAPI BERBALOI. SUSAH NAK PECAH. TENGOK SAJA DEMONSTRASI KAT YOU TUBE TU.

KAT MALAYSIA NI, DALAM RAMAI-RAMAI YANG BELAJAR BUNGA DENGAN SEKOLAH NI, HANYA QISATINA FLOWERS SAJA YANG AUNTIE JUMPA. YANG LAIN TAK TAHU LAH KAT MANA. KALAU ADA KAWAN-KAWAN YANG SAMA BELAJAR DULU BACA WEB NI HARAP DAPAT CONTACT BALEK. BOLEH BUAT REUNION.




Thursday, 9-Feb-2012 14:54 Email | Share | | Bookmark
BUNGA SABUN (SOAP CLAY FLOWERS) DAN BUNGA PAHAR BUNG DIP CRYSTAL

BUNGA PAHAR DIP ORCHID CYMBIDIUM BIRU UNTUK ANAK TAN SRI ROZALI PUNCAK NIAGA HOLDING (SYABAS)



LAMANYA TAK UPDATE WEB NI. DAPAT LAPTOP BARU TAPI TAK TAHU GUNA FOTOSHOP BARU. ALMAKLUM SAJALAH ORANG DAH TUA. USIA PUN DAH LANJUT, DAH JADI WARGA EMAS PUN. BARU SAJA DISEMBER LEPAS AUNTY KRIE DAH BERUSIA 60 TAHUN. SYUKUR ALHAMDULILLAH BANYAK-BANYAK KEPADA ALLAH . SEBAB DIA BELUM NAK AMBIL NYAWA LAGI. KALAU IKUTKAN KELUARGA AUNTY KEBANYAKANNYA MENINGGAL DUNIA PADA USIA BAWAH 50 TAHUN.

BANYAKNYA NAK EDIT GAMBAR. MOHON MAAF PADA STUDENT-STUDENT AUNTY KERANA BELUM UPLOAD GAMBAR HASIL KERJATANGAN MEREKA. BUNGA SABUN NI PUN AUNTY BUAT UNTUK PAMERAN KERJA-KERJA KAHWIN DI KRAFT TANGAN MALAYSIA DIJALAN CONLAY TAHUN LEPAS. DAPAT TEMPAHAN UNTUK HADIAH RAJA PERMAISURI PERLIS. SEGALA-GALANYA SABUN. DARI BUNGA, DAUN DAN BUAH-BUAH BERI. KALAU ADA YANG BERMINAT NAK HADIR KELAS BUNGA SABUN BOLEH DIATURKAN.

SEBAKUL BUNGA SABUN UNTUK HADIAH RAJA PERMAISURI PERLIS
.





DISINI JUGA AUNTIE NAK MINTA TOLONG, SEBAGAI SAORANG FLORAL DESIGNER FROFESIONAL, ADA DIPLOMA DALAM BEBERAPA DESIGN BUNGA, SEPERTI BUNGA DIP, BUNGA CLAY, BUNGA ART(BUNGA KAIN YANG DIWARNAKAN), BONZAI DAN BEBERAPA JENIS BUNGA BUATAN TANGAN. BERPENGALAMAN SELAMA LEBIH KURANG 30 TAHUN DALAM PEMBUATAN BUNGA DAN BEBERAPA CRAFT YANG LAIN,DAN PERNAH MENGEKSPORTKAN BUNGA INI KE LUAR NEGARA DAN MENERIMA TEMPAHAN DARI VIP, VVIP DAN KERABAT DIRAJA. BERAPAKAH AUNTIE PATUT LETAK HARGA PADA BUNGA PAHAR DIP GANTUNG YANG SIMPLE NI????

HARGA YANG DIMINTA OLEH PELANGGAN RM0.50 SATU TANGKAI. DIPERLUKAN 2000 TANGKAI DENGAN HARGANYA RM 1,000.00 .



GAMBAR BUNGA NI AKAN DIUPLOAD KEMUDIAN

.

BUNGA NI MEMPUNYAI:

3 KUNTUM HYDRANGEA ATAU BUNGA 5 PETAL BERSAIZ PETAL 2CM
2 TANGKAI DAUN FERN KECIL SAIZ 2CM
HOOK GANTUNG YANG BERSALUT FLORAL TAPE DAN REBEN (TAK NAK BUBUH REBEN PUN TAK APA).
REBEN ANGGARAN 1.5 METER
DAWAI UNTUK IKAT REBEN
NET UNTUK SARONG TELUR BERUKURAN 10CM X 10CM



BAHAN UNTUK MEMBUAT SATU TANGKAI BUNGA PAHAR TERSEBUT MEMERLUKAN:

3 KUNTUM BUNGA HYDRANGEA = 3 HELAI DAWAI # 26 (PUTIH)
KALAU BUNGA 5 PETAL = 3 HELAI DAWAI
= TAMBAH 1 1/2 DAWAI #24 UNTUK TANGKAI
2TANGKAI DAUN = 2 HELAI DAWAI # 26 (HIJAU)
1 TANGKAI GANTUNG = 1 HELAI DAWAI #16
= FLORAL TAPE
= REBEN
REBEN = 1.5 METER
NET UNTUK BUNGKUS TELUR = 10CM X 10 CM



MODAL UNTUK MEMBELI BARANG UNTUK PERMULAAN SETANGKAI BUNGA.BUNGA HYDRANGEA:

a) 1 BUNGKUS DAWAI #26 (PUTIH) ADA 45 HELAI = RM 0.70
DAPAT BUAT UNTUK 15 TANGKAI BUNGA
(HARGA DIANTARA RM0.60 -RM1.50 SEBUNGKUS)

b) 1 BUNGKUS DAWAI #26 (HIJAU) ADA 45 HELAI = RM0.70
DAPAT BUAT DAUN UNTUK 22 TANGKAI BUNGA

c) 1 BUNGKUS DAWAI #16 (ADA 6 HELAI) = RM0.70
DAPAT BUAT UNTUK 6 TANGKAI

d) 1 ROLL FLORAL TAPE = RM1.20
ANGGARAN UNTUK 30 TANGKAI
(HARGA DIANTARA RM1.20 HINGGA RM 2.00)

e) 1ROLL REBEN SATIN (ANGGARAN 9 METER = RM2.00
ANGGARAN UNTUK 6 TANGKAI
(HARGA DIANTARA RM2.00 HINGGA RM3.00)

f) 1 METER NET = RM3.00
DAPAT UNTUK 16 TANGKAI
(HARGA DIANTARA RM3. HINGGA RM6.00)

g) 1 BOTOL DIP UNTUK BUNGA = RM16.00
DAPAT CELUP ANGGARAT 50 KUNTUM BUNGA DALAM 16 TANGKAI
(WARNA PLAIN TERUS DARI KEDAI)

h) 1 BOTOL DIP UNTUK DAUN = RM16.00
DAPAT CELUP 50 TANGKAI DAUN DALAM 25 TANGKAI
(WARNA HIJAU TERUS DARI KEDAI)

i) 1 LITTER THINNER UNTUK DIP = RM90.00
(DIIMPORT SENDIRI

j) GAM UHU UNTUK MELEKATKAN REBEN PADA TANGKAI.

JUMLAH: RM130.30(UNTUK 6 TANGKAI BUNGA LENGKAP)

INI TAK TERMASUK UPAH BUAT DAN COST LAIN

OPTIONAL

1 TIN STRENGHTENER = RM60.00
1 KG KRISTAL (DIIMPORT SENDIRI) = RM80.00

10 GM ARORA POWDER = RM10.00

KALAU BUNGA 5 PETAL TAMBAH
86 BUNGKUS DAWAI #24
(1 BUNGKUS 35 HELAI) = RM60.20

KALAU TAK MAHU BUBUH KRISTAL MODALNYA = RM130.30

KALAU BUBUH KRISTAL = RM280.30

INI UNTUK MODAL PERMULAAN SATU TANGKAI BUNGA PAHAR (MESTI BELI KALAU NAK BUAT BUNGA TU).



INI MODAL UNTUK 2000 TANGKAI

a) DAWAI UNTUK BUNGA 3 X 2000 = 134 BUNGKUS X RM 0.70 = RM 93.80

b) DAWAI UNTUK DAUN 2 X 2000 = 89 BUNGKUS X RM 0.70 = RM 62.30

c) DAWAI UNTUK TANGKAI 1 X 2000 = 334 BUNGKUS X RM0.70 = RM233.80

d) FLORAL TAPE ANGGARAN 70 ROLL X RM1.20 = RM84.00

e) REBEN ANGGARAN 350 ROLL X RM2.00 = RM700.00

f) DAWAI UNTUK IKAT REBEN 45 BUNGKUS X RM0.70 = RM 31.50

g) NET ANGGARAN 125 METER X RM3.00 = RM375.00

h) DIP UNTUK BUNGA 40 BOTOL X RM16.00 = RM640.00

i) DIP UNTUK DAUN 40 BOTOL X RM16.00 = RM640.00

j) THINNER 1 LITER X RM90.00 = RM 90.00

k) GAM UHU

JUMLAH: = RM2,950.40

HARGA NI UNTUK BUNGA YANG TIADA SERBUK KRISTAL, STRENGTHENER DAN ARORA POWDER. JIKA PELANGGAN MEMILIH WARNA PILIHAN SENDIRI SEPERTI WARNA YANG ADA DI LAMAN WEB AUNTY KRIE, HARGANYA AKAN MENJADI MAHAL, KERANA MEMERLUKAN BEBERAPA BOTOL DIP UNTUK CAMPURAN WARNA.

BERAPA PULA NAK CHARGE UPAH BUAT ????????

PEROSES MEMBUAT BUNGA NI:

1) GULONG 6000 DAWAI UNTUK BUNGA

2) GULONG 4000 X 3 DAWAI UNTUK DAUN

3) BENTUK DAN CELUP DIP 6000 BUNGA

4) BENTUK DAN CELUP DIP 12000 DAUN

5) TAPE DAN PASANG REBEN UNTUK 2000 TANGKAI GANTUNG

6) IKAT 2000 REBEN

7) PASANG BUNGA, DAUN, REBEN DAN PASANG NET UNTUK 2000 TANGKAI

OPTIONAL

KALAU BUBUH KRISTAL KENA CELUP STRENGTHENER DAN BUBUH KRISTAL UNTUK 10000 BUNGA DAN DAUN.


INI TAK TERMASUK SEWA KEDAI, BAYARAN BIL-BIL SEPERTI ELETRIK. AIR, PARKING BULANAN, TELIPUN, PETROL KERETA PERGI BALEK DARI RUMAH KEKEDAI, PETROL BELI BARANG DAN PARKING, DUIT MAKAN HARIAN DAN GAJI PEKERJA . ANGGARAN PERBELANJAAN RM 3,000.00 SEBULAN. INI JUGA BELUM MASUK GAJI AUNTIE SEBAGAI FLOWER DESIGNER FROFESSIONAL.

UNTUK MEMBUAT 2000 INI MENGAMBIL MASA LEBIH KURANG SEBULAN.


SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN SETIAP ORANG PERLU MENGHADIRI KURSUS PERNIAGAAN SEPERTI MEMBUAT COSTING, MEMBUAT PERBANDINGAN HARGA DAN SEBAGAINYA WALAUPUN PERNIAGAAN TERSEBUT DIBUAT DIRUMAH. SEBAB BANYAK PERKARA YANG KITA PERLU AMBIL KIRA. DULU PUN SEMASA BERNIAGA PART TIME DIRUMAH AUNTY PUN TAK PANDAI NAK KIRA COSTING HARGA HINGGALAH AUNTIE MENGHADIRI KURSUS USAHAWAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN SELAMA 4 BULAN KERANA INGIN BERHENTI KERJA DARI JAWATAN KERAJAAN. HARGA JUGA PERLU DIAMBIL KIRA DARI TAHAP FROFESSIONALNYA SESAORANG ITU TERHADAP BIDANG KRAFT YANG DIBUAT.

MITHALNYA PERBEZAAN HARGA BAJU YANG DIBUAT OLEH RIZALMAN IBRAHIM DAN RADZWAN RADZWILL DENGAN BOUTIQUE YANG BIASA DIKEDAI ATAU SHOPPING COMPLEX. DAN PERLU JUGA DIAMBIL KIRA PERBANDINGAN KECANTIKAN PEMBUATAN BAJU TERSEBUT. SAMA JUGA SABUAH LUKISAN. KENAPA LUKISAN YANG KITA TAK TAHU APA BENDA YANG DILUKIS TU BEGITU MAHAL HARGANYA. BILA AUNTIE PERGI BELAJAR MELUKIS BARU TAHU BETAPA SUSAHNYA. ITU SEBABNYA KITA KENA APPRECIATE APA SAJA KRAFT YANG DIBUAT OLEH ORANG LAIN. BOLEH DIKATAKAN AUNTIE BELAJAR BERBAGAI KRAFT. DARI MELUKIS CAT AIR, CAT MINYAK DAN BATIK, COPER TOOLING, MENGANYAM BAKUL MENGKUANG DAN ROTAN, MENGUKIR, MENJAHIT TEKAD BENANG EMAS,MENYULAM DAN MENJAHIT BAJU. TAPI AUNTIE LEBIH SUKA MEMBUAT BUNGA.

WALAUPUN KEBANYAKAN KRAFT NI AUNTIE BELAJAR DARI KECI,L DARI AYAHANDA AUNTIE, IBU SAUDARA, OPAH,DAN SEPUPU YANG LEBIH TUA DARI AUNTIE, BILA DAH DEWASA, BILA TENGOK KERJA TANGAN ORANG LAIN LEBIH CANTIK, BERASA TERUJA UNTUK BELAJAR. TAK KESAH KENA BAYAR PUN. WALAU PUN MASA TU TAK TERFIKIR NAK BUAT BUSSINESS NI. RAMAI KAWAN-KAWAN YANG KATA AUNTIE MEMBAZIR DUIT DAN BUANG MASA. DISEBABKAN HOBI TAK PEDULI APA ORANG KATA. UNTUK MENJADI FROFESSIONAL DALAM BIDANG YANG KITA CEBURI, KITA JUGA PERLU MENGELUARKAN PERBELANJAAN BESAR UNTUK BELAJAR.

DIKEDAI AUNTIE KRIE, HARGA ADALAH PILIHAN PELANGAN KERANA MEREKA YANG BERI BAJET HARGA BUNGA YANG MEREKA TEMPAH SATELAH MELIHAT HASIL KERJA AUNTIE KRIE. TAPI TAKLAH SERENDAH HARGA DIATAS. TERUS TERANG AUNTIE NYATAKAN DISINI MEMANG HARGA BUNGA AUNTIE KRIE NI MAHAL. AUNTIE KRIE MEMANG DAH TETAPKAN HARGA TERENDAH BAGI BUNGA-BUNGA AUNTIE, DAN HARGA TERENDAH AUNTIE TU ADALAH HARGA TERMAHAL BAGI PEMBUAT BUNGA LAIN. ADA PELANGGAN AUNTIE YANG MELETAKAN HARGA BUNGA HANTARAN YANG DITEMPAHNYA SEBANYAK RM120.00 SATU. HARGA BUNGA JUGA TERTAKLUK KEPADA JENIS BUNGA, SIZE DAN WARNA.

DULU PUN ADA JUGA PELANGGAN NAK BUNGA ROSE SIZE PETAL 5CM WARNA CHAMPANGNE SEBANYAK 200 KUNTUM DENGAN HARGA RM2.00 SEKUNTUM.

MACAM MANA NAK JAWAB NI.

SEKUNTUM BUNGA ROSE SIZE PETAL 5CM MENGANDUNGI:

25 KEPING PETAL, 5 KEPING TAMPUK (CALEX) DAN 6 HELAI DAUN.
PROSES MEMBUAT BUNGA ROSE INI JUGA SAMA DARI MENGGULONG DAWAI, MEMBENTUK BUNGA, DAUN DAN TAMPUK. MENCELUP DIP, MENCELUP STRENGTHENER, BUBUH CRYSTAL. MEMASANG BUNGA, TAPE DAN KAIN LAPEK UNTUK MEMBESARKAN BATANG. PROSES AWAL YANG PERLU DIBUAT SEKURANG-KURANGNYA 2 MINGGU IALAH COLOR TESTING. INI UNTUK MENENTUKAN WARNA YANG DIKEHENDAKI PELANGGAN. DISINI JUGA PERLU BERHATI-HATI KERANA MENANGGUNG RISIKO RUGI KALAU WARNA YANG DICAMPUR TAK JADI.

HARAP MENDAPAT FEEDBACK DARI SEMUA
.




Tuesday, 31-May-2011 01:53 Email | Share | | Bookmark
K'RIE EXCLUSIVE FLORA DI FACEBOOK

Salam semua,

Silalah 'like' page kami di Facebook: https://www.facebook.com/pages/Setapak-Malaysia/Krie-Exclusive-Flora/166625643401021 untuk dapat update terkini mengenai bunga terbaru dan juga kelas yang dianjurkan K'rie Exclusive Flora.

Juga dimaklumkan, mulai hari ini, komen2 di fotopages akan di 'disable'kan sebab banyak sangat spam. Jadi, jumpa di Facebook ya!



Admin K'rie Exclusive Flora


Monday, 23-May-2011 12:00 Email | Share | | Bookmark
Berita Nasional TV1 22/5/11 - Laporan Khas - Kraf Kita

Berita Nasional TV1 22 Mei 2011 - Laporan Khas - Kraf Kita (Kraftangan Malaysia-Promosi Kerja Kahwin) - K'Rie Exclusive Flora



[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net